Forever Young



Entries

About

Stuff

Linkies

FollowDashboard

Ibu
Tuesday 14 June 2016 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum! salam Ramadan everyone. may u be under His blessings always. xoxo. 
Ibu, pernah dulu aku melawan percakapanmu, buat dirimu sedih, terasa hati dan kecewa. namun, ibu berkata, "kamu pasti akan menangis bila ibu tiada nanti" Dan sekarang, aku percaya. Aku sedih. Dan aku telah kehilangan ibuku.. You all, datanglah jika ibu memanggil kalian pada hari ini. Kerana esok, mungkin kamu tidak akan mendapat panggilan darinya lagi. Walau apa jua dosa, walau sebesar mana pun dosa dan kesalahan anak-anak buat, namun balasannya adalah doa, doa dan doa. Jika bulan dan matahari ada ketika ia hilang sembunyi diri, tetapi ibu akan sentiasa dan selalu ada disisimu untuk melindungi dirimu.Ibu adalah hakim yang berat sebelah. Yang akan mengampunkan walau sebesar mana pun kesalahan anak anak kepadanya. Ibu menggenggam tangan anak mungkin hanya beberapa saat, tapi ibu menggenggam hati anak adalah untuk seumur hidupnya. kerana baginya, anak anak adalah segalanya. kata ibu, "anakku, jangan bersedih jika tadi ibu memelukmu sejenak sahaja. kerana yang perlu kamu tahu, hati ibu akan memelukmu selamanya. Meski aku cuba untuk mencintaimu dengan sedaya upaya, takkan terlawan kerana cintamu padaku sangat LUAR BIASA. Air disebalik mata ibu, saat ibu gembira mungkin akan kau lihat, namun air mata saat ibu berduka mungkin tak pernah kau lihat. Ibu juga berbakat dalam silap mata, setiap kali aku dilanda kesedihan dan tengah berduka, Datangnya ibu dan tiba tiba hatiku bertukar gembira.Ibu bukan Chef, namun entah mengapa masakan dari tangannya semakin lazat ku rasa.Setiap Helaian Nafas Ibu Mengandungi Bukan Sahaja Cinta, Tetapi doa untuk anak anaknya. guys, bila tertutupnya mata seorang ibu, dah takde ape yang kita boleh buat. menyesal sedih tkde guna juga. just sedekahkan ayat quran dan doa doa untuk dia. sayangi ibu anda selagi dia masih bernyawa. jangan menyesal dikemudian hari....



(sumber: Facebook)


Thanks for reading :)




Older Post


/>