Forever Young



Entries

About

Stuff

Linkies

FollowDashboard

Ibu
Tuesday 14 June 2016 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum! salam Ramadan everyone. may u be under His blessings always. xoxo. 
Ibu, pernah dulu aku melawan percakapanmu, buat dirimu sedih, terasa hati dan kecewa. namun, ibu berkata, "kamu pasti akan menangis bila ibu tiada nanti" Dan sekarang, aku percaya. Aku sedih. Dan aku telah kehilangan ibuku.. You all, datanglah jika ibu memanggil kalian pada hari ini. Kerana esok, mungkin kamu tidak akan mendapat panggilan darinya lagi. Walau apa jua dosa, walau sebesar mana pun dosa dan kesalahan anak-anak buat, namun balasannya adalah doa, doa dan doa. Jika bulan dan matahari ada ketika ia hilang sembunyi diri, tetapi ibu akan sentiasa dan selalu ada disisimu untuk melindungi dirimu.Ibu adalah hakim yang berat sebelah. Yang akan mengampunkan walau sebesar mana pun kesalahan anak anak kepadanya. Ibu menggenggam tangan anak mungkin hanya beberapa saat, tapi ibu menggenggam hati anak adalah untuk seumur hidupnya. kerana baginya, anak anak adalah segalanya. kata ibu, "anakku, jangan bersedih jika tadi ibu memelukmu sejenak sahaja. kerana yang perlu kamu tahu, hati ibu akan memelukmu selamanya. Meski aku cuba untuk mencintaimu dengan sedaya upaya, takkan terlawan kerana cintamu padaku sangat LUAR BIASA. Air disebalik mata ibu, saat ibu gembira mungkin akan kau lihat, namun air mata saat ibu berduka mungkin tak pernah kau lihat. Ibu juga berbakat dalam silap mata, setiap kali aku dilanda kesedihan dan tengah berduka, Datangnya ibu dan tiba tiba hatiku bertukar gembira.Ibu bukan Chef, namun entah mengapa masakan dari tangannya semakin lazat ku rasa.Setiap Helaian Nafas Ibu Mengandungi Bukan Sahaja Cinta, Tetapi doa untuk anak anaknya. guys, bila tertutupnya mata seorang ibu, dah takde ape yang kita boleh buat. menyesal sedih tkde guna juga. just sedekahkan ayat quran dan doa doa untuk dia. sayangi ibu anda selagi dia masih bernyawa. jangan menyesal dikemudian hari....



(sumber: Facebook)


Thanks for reading :)


ibu
Thursday 9 June 2016 ? 0 Atashinchi ?
wahai ibuku, semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosamu dan menyatukan kita diakhirat kelak. ibu, tanganmu itu lah tangan yang mencari rezeki halal untuk kami, rezeki yang masuk dalam mulut kami, rezeki yang telah menjadikan kami sihat sempurna hingga ke hari ini. tanganmu itulah yang telah membesarkan kami sehingga menjadi sesempurna ini.  semoga Allah memberi pahala untukmu ibu. ibu, tubuhmu itulah yang memberikan pelukan kasih sayang padaku tidak kira saat aku sedih atau gembira. semoga Allah memberi pahala berlipat ganda untukmu ibu. ibu, perutmu itu lah tempat yang engkau kandungkan aku 9 bulan dan membawa aku kemana-mana sepanjang 9 bulan. semoga Allah memberi ganjaran untukmu ibu kerana sabar dalam mengadungkan aku dan membesarkan aku. ibu, dengan kakimu itulah engkau keluar mencari rezeki untuk kami.berjalan dan berdiri sepanjang hari demi mencari kesenangan utk kami. semata-mata untuk mencari sesuap nasi utk kami. semata-mata tidak mahu kami berlapar. semata-mata ingin kami membesar dengan sempurna dan elok. subhanallah..semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat-lipat ganda. terima kasih duhai ibuku, aku bahagia menjadi anakmu dan terlalu bahagia walaupun hanya 13 tahun. dan aku sebagai anakmu, Redha dengan pemergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu ibu. 

Throwback masa kecik dgn arwah ibu hihi


Thanks for reading :)


bismillahirrahmanirraheeeeeem!
Saturday 31 May 2014 ? 0 Atashinchi ?
bismillahirrahmanirrahim. dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi MAHA menyayangi. semoga Allah sentiasa merahmati langkah perjalanan hidup kita hingga akhirnya...in shaa ALLAH. harini 31/mei/2014, terima kasih Allah untuk anugerah yang tidak terhingga untuk aku, iaitu ibu. Most precious gift from U to me. aku ingat lagi, petang-petang aku akan tunggu ibu dekat langsir. aku tunggu ibu balik kerjaa. sungguh aku tak expect yang suatu hari nanti ibu akan pergi tinggalkan aku. why aku terlalu berharap yang ibu akan sentiasa ada disisi aku sampai aku mati? kenapa?  bila balik sekolah, ibu akan call! ibu tanya macam-macam.. sampai skrg ni, aku ini sebenarnya still tak boleh move on yg ibu dah takde. kdg kdg mcm gila pun ada. aku always tertanya2 "bila ibu nak balik ni......bila ibu nak balik kerja? bila ibu nak balik kursus ni? kakak rindu" "bila ibu nak telefon ni?" "kenapa ibu tak kejutkan solat subuh ni" "kenapa lampu dekat dapur gelap ni? ibu tak bangun lagi ke?" alluhurabbi, semoga aku redha dgn pemergian ibunda.. yakinkan padaku  ibu  telah lama pergi dari dunia ini dan takkan pernah kembali lagi. day by day aku go through hidup aku sorang2 tanpa pendorong, tanpa sesiapa yang menyokongku dari belakang.  juga, takkan ada lagi wanita yang akan masak sedap-sedap, teman buat kerja sekolah sampai lewat malam, suap breakfast pagi pagi, sediakan bekal untuk ke sekolah, telefon lepas balik sekolah, suruh solat, selalu sikatkan dan ikatkan rambut, 24 jam bersama bila aku sakit, lap air mata bila aku nangis, picitkan kepala bila aku pening, do everything demi aku... hm apa yang kau ada sekarang, semuanya milik Allah. tiada satu pun milik kau, termasuk ibu. reda lah menerima ketentuan ini. ALLAH choose u untuk hadap ujian ni sebab Allah tahu yang kau kuat dan kau mampu. Allah uji kau sebab Allah sayang kau. jangan mengeluh aishah.  ibu, tidur, berehatlah dengan tenang kat sana. Allah adalah pelindung dan penjaga yang terbaik. kakak disini akan selalu doakan ibu. doakan kebahagiaan ibu. terima kasih banyak-banyak. walaupun semua orang jauh dengan kakak, tinggalkan kakak, sakitkan kakak, ibu takkan buat semua tu kan? ibu sentiasa ada dalam hati kakak kan? ibu tak pernah mati dalam hati kakak kan? takde  siapa yang boleh gantikan tempat ibu dihati kakak. semoga ketenangan milikmu, ibu. terima kasih untuk segalanya yang ibu buat dan korbankan. endless love!..doakan kakak semoga sentiasa berjaya dalam hidup. and sorry sepanjang 13 tahun kita together ni, kakak ada buat ibu sedih marah kecewa. i didnt meant to ibu. and i never thought that hari tu will b d last time kakak jumpa ibu... im so sorry sbb tak sempat bahagiakan ibu... halalkan semuanya.. kakak sayang ibu! al fatihah 


Thanks for reading :)


entah apa tajuknya.
Thursday 1 May 2014 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum readers..


till today, aku masih lagi tak percaya yang ibu dah takda. almost 2 years. tapi, terasa yg dia masih lagi ada dengan aku. yup, aku tak pernah lagi kehilangan orang yang aku sayang. tak pernah lagi. tapi kali ni, Allah uji aku dengan amik orang yang paling aku sayang dan aku perlukan. ya dia adalah ibuku. terasa agak serba salah kerana aku tak mampu bahagiakan ibu, tak sempat bahagiakan ibu. tak sempat balas jasanya. time ibu sakit aku lah yang paling dekat dengan dia. aku korbankan semua waktu aku untuk jaga dia di hospital.time org lain seusia aku busy dengan life diorang yg happy go lucky, aku sibuk habiskan masa aku dengan jaga ibu aku. allah bagi aku ketabahan dan kekuatan untuk lakukan segalanya ni. Alhamdulillah utk kekuatan itu.still remember, the 1st time ibu sakit tu, dia nangis dalam toilet. And esok tu dia kena warded kat kbmc sebab ada pendarahan mase buang air besar.  And  i was told by doc, ibu pregnant. yaAllah tak tahu nak happy ke sedih.. then, ibu kene transfer kat hospital kerajaan. Condition ibu makin teruk…Sebab  perut die dah makin besar. aku ingat lg, time aku teman ibu untuk check kandungan dia, ada orang tanya, "adik tak gi sekolah ke? mak adik pregnant ke? dah berapa bulan? anak kembar ke?" then ibu jawab dengan muka yang tak mampu nak senyum, tp dia tetap tersenyum "ya....anak kembar" maybe ibu taknak cakap banyak. walaupun kandungannya tu bukan anak kembar. tp perutnya seolah-olah anak kembar sbb ibu ada penyakit hepatitis B(penyakit kronik hati). aku banyak kali tak dtg sekolah mase form  1. aku terpaksa korbankan segalanya sbb nak jaga ibu. ujian akhir tahun aku down terooooook. but i dont care bukan aku sengaje. mana tak down result,absent sebulan haha.  one day  tu, ibu dah boleh balik. ibu rehat kat rumah  tp....abah kerja dan semua orang ke sekolah.  time aku balik, aku tgk ibu tidur dan ada sedikit  najis kat lantai, tak sempat tukar baju sekolah, aku cpt2 bersihkan everything & suap ibu makan. dan aku ingat lg, ibu ckp"kakak salin baju dulu....rehat, makan dan bersihlah semua tu. nanti kakak tkde selera nak makan. kakak kan letih...." while dia baring ats katil. aku mcm tak dapat nak tgk muka ibu. sedih...ibu nampak  tak larat. muka die dah tak seceria dulu. allahurabbi..........then ibu kene warded lg. omg the moment wit her dlm ward tu terlalu byk. terlalu banyak. Iftar dgn ibu, suap ibu makan, lap muka, lap badan ibu, sikat rambut ibu sambil duduk di kepala katil, urut tangan dan kaki ibu yang sembab,  tlg  ibu buang air besar then basuh (my 1st experience) , cerita dengan ibu. indahnya time tu... 19 julai, abah call  cakap dapat baby girl. i was on cloud nine.  tp time tu aku lupa nak tanya, ibu macam mana. malamtu abah balik, abah cakap ibu koma. dan masih berada dalam icu. hati sedikit hampa. sedih gila rase. almost a week jgk ibu kene tahan dalam icu. masa tu, 1st time aku masuk icu. tgk ibu terbaring atas katil dengan muka yg letih. air mata tak henti mengalir. ibu buka mata & cakap "kakak" sambil cuba untuk senyum. ibu tanya "kakak dah tgk  baby? siapa masak kat rumah? aiman gi skolah tak? kakak sihat tak?" aku tak cakap banyak. hanya angguk. dalam hati aku, aku sedih sangat. ibu kemudian dipindah ke ward biasa dan adik dah boleh balik. adik sekali je dapat menyusu dengan ibu. sian adik....time ibu makin tenat, abah tak bagi aku jaga ibu dekat hospital. kiranya, setiap petang dan setiap kali balik sekolah je aku pergi jenguk ibu. tak banyak aku luangkan masa dengan ibu. last aku jenguk ibu masa hari tu. abah cakap ibu nak tgk aku dgn anis pakai jubah. we ols pakai and ibu kemain lg senyum tgk anak dara dia pakai jubah auww.. . happynya dia.....keesokannya doktor pindahkan ibu ke katil depan sebab ibu dah boleh balik. abah jaga dan teman ibu kat hospital. abah cakap malam tu, ibu selalu pandang ke atas. bila abah panggil ibu, ibu dah tak bg respond. mata dia dah bg sign yg dia dah nak pergi... lepas subuh tu abah tertidur. bila abah bangun, abah tgk ibu tidur. muka tenang sangat.masa abah kejutkan ibu sbb nak suruh makan ubat, ibu tak bangun. ibu dah pergi. Allah dah ambil ibu untuk bersama-NYA. That moment, aku anis and my brother aiman dekat rumah. Still ingat lg pagi tu aku mmg nak ke sekolah sbb aku ad pinjam buku nota kawan aku nak hantar kat die sbb cg bising. Then mcm biase lah, bgn tidur gi mandi. Siap mandi tu, otw masuk bilik, aku tgk abg aku nangis. Then die cakap, ‘takyah gi sekolah’ sambal nangis, aku tanye kenape, then dia jawab yang ibu dah takde. Time tu yaAllah subhanallah luluh hati ni, so speechless. Tak tahu nak respon macam mana. Air mata dah laju sgt mengalir. Then adik aku Tanya kenapa aku nangis, then aku cakap ibu takde. Dia terdiam. Dia kecik lg. 10 tahun. Then jenazah ibu diuruskan dan dibawa  ke rumah nenek sebelah ibu. time jenazah ibu dibawa oleh pekerja hospital, aku tgk perut ibu bergerak gerak. perut ibu masih besar even dia dah selamat melahirkan adik. air mata mcm air hujan. bagi aku, benda ni bukan senang untuk aku terima. aku dan anis masih kecil untuk hidup tanpa seorang ibu. we still need our mom to survive,  tapi apa boleh buat , Allah lebih sayang ibu.ibu nampak tenang dan mcm dia tgh tidur. jenazah ibu berpeluh. ada orang ckp, itu petanda baik... kwn office  ibu dan abah datang tgk ibu.  ibu tinggalkan seorang suami dan 5 orang anak. adik kecilku berumur  57 hari time ibu takda. abah sempat masuk dalam bilik dan cakap "peluk, cium, tengoklah muka ibu time tak tanam lagi" sambil nangis. siapa tak sedih? her beloved wife yg selalu ada dgn dia, spend a whole time dgn dia dah takde. will never come back,  alfatihah untukmu ibu......... damai dan tenanglah disana bersama orang beriman.... kakak rindu ibu. rindu tak terkata. sungguh sunyi hidup kakak without u sbb hanya ibu je mampu faham jiwa kakak. u are the best! superb!.......i love u so much,walaupun jauh dimata, tapi kakak yakin, kita sentiasa dekat dihati. kakak kena kuatkan hati tabahkan jiwa untuk teruskan hidup tanpa ibu.... thank you so much sbb kandungkan kakak and bawa kakak mana mana je sepanjang 9 bulan and didik jaga sayang kakak selama 13 tahun. kakak sayang ibu dunia akhirat, bu. 


IBU mase sakit.... :'(




Thanks for reading :)






/>